SOUTH ISLAND 9D8N (SELF DRIVE)
- Ashila Din
- Mar 11, 2016
- 3 min read
Pengembaraan ini berlangsung selama 9 hari dan 8 malam antara tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Anda pasti terpegun melihat syurga dunia ini :
PACKAGE HIGHTLIGHT
Christchurch– Oamaru – Dunedin – Te Anau – Milford Sound – Queenstown – Wanaka Lake – Twizel – Mount Cook – Lake Tekapo– Christchurch
Hari Pertama
KUL – AUCKLAND
Bertolak dari Kuala Lumpur ke Auckland.
Hari Kedua
GOLD COAST – AUCKLAND
Transit di Gold Coast dan berlepas ke Auckland lebih kurang 7 jam penerbangan. Kemudian dari Auckland ke Christchurch dengan Jetstar (1jam 20 minit). Tiba di Christchurch, kemudian daftar masuk ke hotel. Bermalam di Christchurch (hostel/motel).
Hari Ke-3
CHRISTCHRCH – OAMARU
Pick-up motorhome dan mula mengembara yang melalui kawasan desa, kampung dan lebih hampir dengan kaki-kaki pergunungan (selfdrive via ‘Scenic Route’). Sepanjang perjalanan akan melalui pemandangan semulajadi yang indah. Jangan lepaskan peluang untuk singgah di Oamaru. Boleh buat pilihan sama ada mahu masuk Penguin Parade(NZD30). Ataupun anda boleh melihat burung-burung itu datang ke pantai pada waktu malam atau melakukan lawatan hari. Berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut kerana mungkin terdapat penguin yang melintas. Bermalam di Oamaru.
Hari ke-4
OAMARU – DUNEDIN
Tempoh perjalanan 1 jam 30 minit. Free & Easy. Anda bebas melakukan aktiviti seperti tour scenic train (4jam pergi dan balik). Menjadi kewajipan kepada sesiapa yang berada di South Island untuk singgah seketika di sini menikmati keindahan alam semulajadi di Dunedin yang semestinya tidak terdapat di tempat-tempat lain. Di sini terdapat pelbagai tempat-tempat bersejarah yang boleh anda lawati. Anda juga boleh melawat Castle Larnach juga dirujuk sebagai "Larnach Castle", adalah sebuah istana di Semenanjung Otago Dunedin, New Zealand. Jika anda peminat coklat, disini lah dunia coklat bagi anda, anda boleh melawat kilang coklat yang terdapat di Dunedin. Check in at Holiday Park, Scenic Train NZD90. Bermalam di Dunedin.
Hari ke-5
DUNEDIN – TE ANAU – MILFORD SOUND
Perjalanan di teruskan ke Te Anau. Te Anau adalah sebuah kota kecil yang terletak dua jam dari Milford Sound. Te Anau adalah hentian utama sebelum memasuki Fiordland National Park di mana terdapatnya Milford Sound dan Doubtful Sound yang terkenal. Ramai pelancong singgah ke Te Anau untuk melawat fiord berdekatan dengan Milford Sound. Lake Te Anau, Glowworm Caves adalah antara tarikan utamanya. Tasik Te Anau adalah tasik yang terbesar di Pulau Selatan New Zealand. Bayaran untuk memasuki Glowworm Caves NZD55. Bermalam di Milford Sound.
Hari ke-6
MILFORD SOUND – QUEENSTOWN
Milford Sound adalah fiord yang terhasil dari aliran glasier dari banjaran gunung Fiordland yang membentuk kawasan takungan air yang bersambungan dengan Tasman Sea. Untuk melihat persekitaran Milford Sound, perkhidmatan cruise disediakan di situ dengan bayaran NZD80. Setelah sampai di Queenstown, rugi sekiranya melepaskan peluang melihat Hakka Show. Harga tiket termasuk melihat Hakka Show adalah NZD80 seorang. Kemudian, bermalam di Queenstown.
Hari ke-7
QUEENSTOWN – WANAKA LAKE – TWIZEL
Perjalanan diteruskan dari Queenstown ke Wanake Lake, Puzzling World and Mount Cook. Dari Queenstown ke Wanaka Lake mengambil masa lebih kurang 1 jam 25 minit perjalanan. Manakala jarak Wanaka Lake ke Puzzling World hanya 3km. Aktiviti di Puzzling World ni dibahagikan kepada 2 kategori iaitu The Great Maze (outdoor) dan Illusion Room (indoor). The Great Maze ni adalah ni adalah laluan / lorong-lorong 3-D pertama di dunia (macam real life-sized puzzle). Laluan ni sepanjang 1.5. Manakala ,Illusion Room pula mempamerkan berbagai pameran dan aktiviti yang melibatkan mind-trick. Seterusnya ke Twizel yang terkenal dengan Salmon Farm yang kebiasaanya pengunjung berhenti isi minyak kenderaan atau makan. Bermalam di Twizel.
Hari ke-8
TWIZEL – MOUNT COOK – LAKE TEKAPO
Twizel ke Mount Cook mengambil masa kurang sejam. Mount Cook ialah gunung-gunung tertinggi dari glacier terpanjang dengan puncaknya yang amat tinggi diselimuti salji. Kemudian perjalanan diteruskan ke Lake Tekapo yang terletak berhampiran dengan Mount Cook National Park. Lake Tekapo sangat cantik! Dengan airnya jernih kebiru-biruan, sekeliling penuh dengan bunga Russel Lupin yang mekar waktu musim bunga bulan September hingga November.
Hari ke-9
LAKE TEKAPO – ChRISTCHURCH
Perjalanan memakan masa lebih 3 jam. Sebelum memulangkan motorhomes boleh city tour sekeliling Christchurch. Antaranya boleh melawat Central Masjid. Bermalam di Christchurch 2-3 bilik motel untuk 4-6 orang/motel.
Hari ke-10
CHRISTCHURCH – AUCKLAND – KUALA LUMPUR
Penerbangan ke Auckland menggunakan Jetstar dan anda sempat city tour di Auckland. Seterusnya bertolak balik ke kuala lumpur dengan AirAsiaX.