KEMBARA DI BUMI MESIR
- Ashila Din
- Mar 3, 2016
- 2 min read

35 % SLXLM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Hah! pembaca, pakej ke MESIR kita dah bagitahu, tempat-tempat yang menarik pun kita dah cerita, Berminat tak dengan pakej kami ke Mesir ini??
Kali ini, In shaa Allah, nak cerita pula tentang perjalanan menjelajahi Mesir ini bersama KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS untuk lebih menarik minat pembaca mengenai pakej ini.
Perjalan pada HARI PERTAMA:
Dari Malaysia terbang ke Mesir, mengambil masa sekitar 13 jam kebiasaanya. Atas faktor-faktor transit, perjalanan ini mengambil masa. Namun, usah khuatir, kami akan mengambil perjalanan yang paling singkat, dan selesa.
Sesampainya di Cairo International Airport, anda akan disambut oleh wakil kami di sana. Setelah urusan di airport selesai, kita akan terus mendaftar masuk ke Hotel/ Villa yang terletak di Cairo dan makan malam akan diberi. Seterusnya anda akan diberi rehat di hotel. Pengembaraan akan diteruskan pada hari keesokannya.
HARI KEDUA: Menjelajah di Bandar Cairo
Pada hari kedua, kita akan mengembara ke Masjid Imam Syafie, Makam Imam Syafie, Kubu Salahuddin Al-Ayubi, dan Masjid Sultan Hassan/ Syeikh Rifaie. Masjid Imam Syafie ini merupakan antara masjid yang tertua di Kaherah. Di dalam masjid ini terdapat makam Imam Syafie.
HARI KETIGA: Pengembaraan di Kota Iskandariah/ Alexandria Pengembaraan diteruskan lagi pada hari ketiga ke Kota Iskandariah. Perjalanan dari Kaherah mengambil masa sekitar 3-4 jam sahaja. Kali ini, kita akan melawati Kubu Sultan Qaitbay, Masjid Abul Abbas Al-Mursi, Masrah Rumani dan Muntazah.
HARI KEEMPAT: Jelajah ke Kota Giza
Perjalanan ke Giza dari bandar Kaherah memakan masa hanya sekitar 15 minit sahaja. Tempat-tempat yang akan dilawati ialah Piramid – Kristal Asfour – Masjid Al-Azhar - Masjid & makam Saidina Hussin – Shoping di Cairo
Giza adalah dataran tinggi yang terletak di barat daya Kaherah yang mana perkuburan-perkuburan diraja kerajaan Mesir kuno banyak terletak di sana.
HARI KELIMA: Pengembaraan ke Sinai-Dahab-St. Cathrine
"Jauh perjalanan luas pengalaman". Kali ini perjalanan ke Sinai mengambil masa 5 jam dari Kaherah. Ekspedisi di Sinai ini mengambil masa selama 3 hari. Sinai merupakan semenanjung yang berbentuk segitiga, terletak di antara laut mediterranean di utara dan laut merah di selatan.
Pada hari pertama di Sinai, tempat lawatan yang pertama ialah Terowong Ahmad Hamdi (Bawah Terusan Suez), Padang Pasir dan Shoping di Dahab.
Terowong Ahmad Hamdi Tunnel merupakan penyambung antara benua Afrika dan Asia. Selepas kerajaan Mesir berjaya menakluki Sinai,

terowong ini dibina pada tahun 1981 sebagai jalan pintas penduduk Mesir dari Kaherah ke Semenanjung Sinai. Terowong ini berjungsi sebagai penghubung antara dua benua yang terpisah oleh terusan Suez iaitu benua Asia dan Afrika.
