Kembara Sufi Motorhome Trip 6D5N (AUCKLAND)
- Ashila Din
- Mar 1, 2016
- 2 min read
Apabila ruang udara Auckland semakin jelas kelihatan, anda pasti kagum melihat keindahan pemandangan gunung ganang, bukit bukau dan tanah pamahnya yang landai. Pemandangan hijau sebegini pasti menenangkan fikiran anda. Cukup indah Allah menciptakan setiap sesuatu tempat itu berlainan.
Pengembaraan ini berlangsung selama 6 hari dan 5 malam antara tempat-tempat yang menarik untuk dilawati :
Pakage Highlight
Auckland – Matamata Hobbiton - Rotorua – Taupo - Waitomo
Pakej lawatan Auckland kami selama 6 hari 5 malam dengan harga bermula
RM 5999 seorang. Harga akan berubah mengikut harga tiket penerbangan dan nilai mata wang semasa. Pakej Auckland kami disertakan sekali tiket penerbangan pergi dan balik. Penerbangan yang kami gunakan ialah Air Asia dari Kuala Lumpur ke Auckland. Manakala pengangkutan ke tempat-tempat lawatan adalah menggunakan motorhome atau campervan.
Bahan mentah untuk memasak juga kami sediakan termasuk kos petrol kenderaan.
Hari Pertama
(Private Pick-up) Auckland Private Tour. Anda akan bermalam di Auckland.
Hari Ke-2
Berangkat dari Auckland ke Matamata. Perjalanan ke Matamata dari bandar Auckland lebih kurang 2-3 jam sahaja.
Perjalanan selama beberapa jam itu pasti berbaloi kerana panorama sepanjang perjalanan tidak dapat dinafikan keindahannya untuk kita mengungkapkan kalimah Subhanallah ya!
Tambahan pula apabila anda sampai di Hobbiton Movie Set. Matamata ini popular dengan cerita The Hobbit dan The Lord Of The Ring.
Oleh yang demikian, bagi peminat filem ini, anda dapat lihat dan hayati sendiri dengan mengikuti tour group yang dihandle tour guide tempat tersebut.
Entri akan datang kami akan ceritakan sejarah pembinaan Hobbiton Movie Set ini. Kemudian anda akan bertolak ke Rotorua dengan perjalanan lebih kurang 2 jam dan bermalam di Rotorua.
Hari ke-3
Rotorua Day Tour. Rotorua dikenali sebagai New Zealand's Thermal Capital, merujuk kepada kedudukannya di Taupo Volcanic Zone yang masih aktif. Ketika berada di Rotorua anda akan melawat beberapa tempat di sana. Oleh kerana Rotorua berbau belerang yang agak kuat ia dikenali sebagai kota sulfur.
Anda akan mendapati banyak kawasan geothermal dan mud pool. Di samping terkenal dengan kawasan gunung berapi, Rotorua juga adalah pusat kebudayaan kaum Maori, etnik orang Asli yang utama di New Zealand,
Antara tempat lawatan ialah Te Puia Themal Valley,
New Zealand Māori Arts & Crafts Institute dan Hamurana Springs Reserve. Bermalam di Rotorua.

Hari ke-4
Bertolak dari Rotorua ke Taupo. Antara tempat tumuan disini aialah Lake Taupo, tasik air tawar terbesar di Australasia adalah tarikan
utama di Taupo terutama bagi kaki pancing ikan trout. Ia adalah bekas kawah gunung berapi yang terbentuk sejak 12,000 tahun lalu. Bermalam di Taupo.
Hari ke-5
Menuju ke Waitomo yang terletak kira-kira 2 jam perjalanan. Salah satu keunikan di Waitomo ialah menyaksikan satu lagi tarikan pelancong iaitu Waitomo Cave yang terkenal dengan Glow Worm dan merupakan satu-satunya gua di dunia yang mempunyai haiwan unik yang mengeluarkan cahaya. Seterusnya bertolak terus ke Auckland dan bermalam di situ.
Hari ke-6
Auckland Free & Easy. Peserta boleh melakukan aktiviti bebas seperti beli belah souvenirs. Kemudian bertolak ke Auckland Airport untuk pulang ke tanah air Malaysia.