Korea Menyimpan Sejuta Memori
- ASHILA DIN
- Jun 7, 2016
- 2 min read
Annyeonghaseyo Selamat datang ke Korea!
Penerbangan dari KLIA2 mengambil masa selama 6 jam 30 minit berakhir di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Namun kepenatan tidak dirasa sebaliknya keterujaan untuk melawati tempat – tempat yang menarik di Korea menghilangkan rasa penat.

Kembara ke Korea pada musim sejuk amat mengujakan sesuai dengan gelarannya, negara sonata musim salju. Dengan hamparan salji mulus memutih dan suasana mengasyikkan, tentunya menjadi idaman warga negara kpistiwa. Tapi persiapan rapi perlu dibuat untuk bercuti pada musim sejuk kerana kesejukan melampau kadangkala memeritkan.
Musim sejuk di Korea berlangsung dari bulan Disember hingga
Februari dengan suhu purata 2 darjah celsius dan boleh menjunam sehingga -15 darjah celsius. Keadaan berangin menambahkan lagi kedinginan sehingga ke sum-sum tulang.

Permulaan perjalanan daripada Incheon airport ke Farm Fruit sekiranya bukan pada musim sejuk. Pelbagai aneka buah buahan boleh didapati di ladang buah tersebut. Jika berminat untuk ke Farm Fruit anda pelu memilih melancong pada musim panas, bunga dan luruh. Kemudian lawatan diteruskan ke Mt. Sorak. Kunjungi Muzium Teddy Bear di Namsam Tower Seoul . Anda boleh melihat sejarah Teddy bear dari zaman dahulu kepada zaman penjajahan, selepas penjajahan.

Perjalanan di teruskan ke Pulau Nami. Pulau Nami atau nama tempatannya 남이섬 (Namiseom) merupakan sebuah pulau kecil yang berbentuk bulan separa terletak di sebatang sungai. Jarak antara pekan Gapyeong dengan Pulau Nami adalah sejauh 3.8km dan pulau ini berkeluasan 4 km persegi, terletak di daerah Chuncheon dan merupakan lokasi paling digemari oleh pelancong untuk dikunjungi.

Tidak lengkap perjalanan anda di bumi Korea sekiranya tidak mengunjungi lokasi penggambaran drama Winter Sonata ini. LOTTEWORLD & EVERLAND: Kedua-duanya merupakan taman tema terkenal di Seoul. Lotteworld banyak menyediakan permainan/aktiviti tertutup manakala Everland pula lebih banyak menyediakan permainan/aktiviti luar.
Comments