LOMBOK DENSTINASI HONEYMOON
- ASHILA DIN
- Jun 6, 2016
- 1 min read

Anda pasti pernah dengar tentang Pulau Lombok, Indonesia. Pulau Lombok merupakan salah satu destinasi perlancongan yang sangat popular dan menarik untuk anda kunjungi.
Di kepulauan Lombok anda akan mengunjungi Perkampungan Asli Sasak atau dikenali Desa Sade. Perkampungan ini dihuni oleh kaum suku Sasak Sade. Sebagai destinasi pelancongan, perkampungan ini mempunyai keunikan tersendiri. Walaupun perumahan mereka terletak betul-betul di tepi jalan raya namun penduduk desa Sade ini sangat menjaga keaslian perkampungan mereka. Hal ini boleh dilihat melalui bangunan perumahan tradisional ‘Bale’ yang terdapat di perkampungan mereka. Bale-bale ini dbezakan mengikut fungsinya tersendiri.

Bukit Malimbu menjadi pilihan utama untuk anda menikmati pemandangan matahari terbit atau terbenam. Terletak 24 kilometer dari pusat Bandar Mataram atau kira-kira 10 kilometer sebelah utara Pantai Sengigi. Menikmati pemandangan sunset di Bukit Malimbu menjadi lebih sempurna sekiranya langit dalam keadaan cerah. Pemandangan yang sempurna inilah yang menjadikan Bukit Malimbu sebagai tempat terbaik untuk menikmati Sunset di Pulau Lombok. Sambil – sambil menikmati pemandangan anda boleh mendapatkan beberapa makanan dan minuman yang dijual oleh penduduk setempat dan membeli sedikit cenderahati untuk saudara-mara.

Selepas meinkmati pemandangan di Bukit Malimbu, anda boleh berkunjung ke Gili Trawang hanya dalam tempoh 10 minit dengan menaiki bot laju. Di gili anda boleh menjalani beberapa aktiviti air seperti snorkelling serta pemandangan bawah laut dengan menyewa glasss bottom bot jika tidak mahu menyelam. Jangan lepaskan peluang melncong ke kepulaun Lombok bersama Kembara Sufi.
Save
Comments