LATAR BELAKANG
​
Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd (KSTTSB) merupakan syarikat pelancongan milik penuh bumiputra yang beroperasi di semenanjung Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2012 dan kami mempunyai 3 cawangan iaitu dua pejabat di Shah Alam, Selangor dan satu di Parit Raja, Johor. Pejabat tetap kami di Selangor terletak di No.28-1A, Tingkat 1, Blok 12, Jalan Pahat J15/J, Seksyen 15, Dataran Otomobil, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan dan bagi cawangan lain di Shah Alam pula terletak di Bangunan Anggerik Mall, Lot 2.37, Tingkat 2, Jalan 14/7, Seksyen 14, 40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Manakala cawangan kami yang di Johor pula beralamat di No.2A, Jalan Persiaran Cempaka, Taman Bunga Cempaka Biru, 86400, Parit Raja, Johor Darul Takzim.
Kami memulakan operasi pada 21 Disember 2012 dan menawarkan percutian pakej muslim. Di antara pakej pakej yang ditawarkan adalah melancong dalam Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapore, Vietnam, Cambodia, China, Australia dan Korea. Syarikat ini dimiliki oleh Ustaz Al-Fadzil Bin Hidzir dan Ahmad Idzuan Bin Dato'' Haji Sulaiman. Pada tahun 2006, Ustaz Al-Fadzil menggiatkan diri di dalam bidang perniagaan dengan keusahawanan dalam pemasaran, pengurusan perkhidmatan dan juga agensi pelancongan. Walaupun dengan sedikit pengalaman yang ada semasa belajar, Ustaz Al-Fadzil berjaya memberikan servis umrah dan melawat negara Asia Barat seperti Arab Saudi, Mesir, Jordan dan banyak lagi.
KSTTSB juga terlibat dalam memberikan servis menguruskan tiket penerbangan, pakej pelancongan seperti hari keluarga, lawatan penyelidikan pelajar, perjalanan syarikat, pakej bulan madu, permohonan visa dan perkhidmatan lain. KSTTSB menawarkan pakej pelancongan dalam dan luar negara tetapi kami lebih fokuskan pakej ke luar negara oleh kerana permintaan yang banyak untuk melancong ke luar negara seperti Korea, Beijing, Turkey, Ho Chi Minh, Indonesia dan banyak lagi. Kami juga menawarkan pakej sperti melancong ke Eropah, Jepun dan juga Australia. Disini kami juga akan menawarkan pakej Umrah tetapi ianya dikendalikan oleh Punsu Travel & Tours.
Moto syarikat kami ialah "peneraju pakej termurah dan berpatutan No.1 di Malaysia" memberikan pelanggan kami pakej yang berpatutan untuk setiap pakej yang ditawarkan. Disini kami percaya bahawa semua orang boleh melancong tanpa mengira asal usul mereka. Kepuasan pelanggan adalah objektif utama kami kerana ia akan menentukan kejatuhan atau kebangkitan syarikat. KSTTSB menawarkan pakej pelancongan dan perkhidmatan agensi pelancongan dengan kualiti yang terbaik dan kami mementingkan kepada hubungan ukhwah Islamiah sesama saudara Islam dan tanggungjawab terhadap agama.